Ahlan Wa sahLan ya RAmadhan...

Tuesday, August 10, 2010

Sedar x sedar sudah masuk bulan ramadhan....esok bermulalah tugas kita sebagai umat islam untuk menunaikan kewajipan rukun islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan ramadhan...bulan ramadhan merupakan bulan yang mulia....Selain itu bulan Ramadhan ini juga adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak akan mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita.

Antara kelebihan bulan ramadhan adalah :

1) Ramadhan adalah Bulan Diturunkannya Al Qur’an
2) Syaitan-syaitan dibelenggu, Pintu-pintu Neraka Ditutup dan Pintu-pintu Surga Dibuka
3) Terdapat Malam yang Penuh Kemuliaan dan Keberkatan
4) Bulan Ramadhan adalah Salah Satu Waktu Dikabulkannya D

Bulan ramadhan ini datang hanya setahun sekali sahaja. Oleh itu marilah kita semua menunaikan puasa dengan sempurna dan disamping itu mencari keberkataan dan pahala dalam bulan ramadhan. Semoga pada tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Dalam bulan puasa ini juga marilah kita menilai diri sendiri.


p/s : Selamat berpuasa kepada semua blogger....penuhkanlah bulan puasa ini dengan amalan2 yang baik

0 comments:

Post a Comment